KERINGAT DAN AIR MATA SEORANG PEMIMPIN


Pada suatu hari, seorang lelaki mengunjungi Amir Al Mahsud, Pemerintah Pakistan Utara ketika itu dan berkata :

"Sebagai pemerintah, tuan beruntung kerana kehidupan, makan, minum dan tidur sudah tersedia dan disediakan."


Amir Al Mahsud yang mendengarnya terdiam.


Suatu hari, Amir Al Mahsud menjemput lelaki itu ke istana dan menghidangkan makanan yang lazat untuknya. Sebuah kerusi disediakan untuk tetamu tadi namun di atas kepalanya tergantung sebuah pedang yang tajam dengan tali yang mengikatnya kelihatan hampir putus. Ketika ingin menyentuh makanan, lelaki itu merasa gusar kerana bimbang pedang akan jatuh ke atasnya. Melihat tetamu yang dilihat resah, Amir Al Mahsud bertanya :

"Kenapa saudara kelihatan gelisah?"


Lelaki itu berkata, beliau bimbang pedang akan jatuh ke atasnya dan tentunya tidak dapat menikmati makanan yang lazat itu.
Amir Al Mahsud tersenyum sambil berkata :

"Demikianlah hidupku yang terpaksa menghadapi ramai pihak yang iri hati. Sebagaimana saudara terancam oleh pedang, aku juga diancam setiap detik oleh musuhku atau saudaraku sendiri yang ingin merebut kuasa, membunuhku, meracun aku atau melancarkan pemberontakan."
"Sebagai pemerintah, aku menjalani kehidupan seharian dalam keadaan ketakutan dengan semua ancaman itu tetapi saudara boleh ke mana-mana tanpa rasa takut," ujar beliau.


Kini lelaki itu sedar, beban yang ditanggung seseorang pemerintah Islam dalam erti kata sebenar adalah berat. Mereka terdedah kepada musuh dan pada masa yang sama terpaksa membela nasib rakyat.

Daripada Auf bin Malik R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :


"Imam-imam kamu yang terbaik ialah yang kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu. Mereka berdoa untuk kamu dan kamu berdoa untuk mereka. Dan imam-imam kamu yang paling jahat ialah imam-imam yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah SAW ditanya : "Ya Rasulullah! Bolehkah kami memecat dan memerangi mereka dengan pedang? Rasulullah SAW bersabda : "Tidak, selama mereka mendirikan solat di antara kamu. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak menyukainya dari penguasa-penguasa kamu, maka hendaklah kamu membenci amalannya dan janganlah kamu menderhaka."


(Hadis Riwayat Imam Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

0 comments:

Catat Ulasan

5 SYARAT IBRAHIM ADHAM JIKA MAHU BUAT MAKSIAT


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

0 comments:

Catat Ulasan

Rahsia Bulan Islam

Bismillah al-Rahman al-Rahim.


 

Assalamualaikum wrt. wbt.


 

Hari ni BH rasa terpanggil bagi membincangkan berkenaan suatu perkara iaitu ramalan bulan kelahiran. Dulu kita tengok adanya rahsia bulan kelahiran dari Januari sampai la Desember. Banyak sangat ramalannya… macam iklan kat Astro, macam-macam ada… Ada yang kalo bulan2 tertentu yang diramalkan sebagai seorang yang…. Macam2 la, baik ada, boros ada, cemburu ada, & banyaaaakkkk lagi..


 

Walaupun benda tu x ok, tp ok la lg sbb tu bulan masihi, tp sekarang ni dah ada ramalan bg bulan Islam, Ape??? Bulan Islam???? Ape motif sebenar diorang? Ape sumber rujukan diorang? Al-quran atau hadis? Adakah ianya sahih & dibolehkan dalam Islam?

Rahsia Bulan Islam - Feb (1 of 2) (Created via http://apps.facebook.com/rahsiabulanislam/ )


 

Para pemerhati sekalian, amalan tilik nasib, ramalan zodiak atau apa2 saja yg seumpama dengannya hukumnya adalah haram dan solat bagi mereka yang mempercayainya tidak akan diterima selama 40 hari disisi Allah. Ni bkn BH saje2 memandai ckp, tp ni adalah artikal yg BH baca berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

http://yuitsumuni.com/2010/04/13/nasib-boleh-ditilikkalau-tilik-bukan-ke-pelik/


 

Sebaiknya kita sebagai umat Islam perlu menjauhkan diri kita daripada mempercayai benda karut sedemikian rupa. Kerana benda sedemikian rupa boleh memesogkan akidah kita. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yg maha mengetahui segala perkara ghaib dan apa yang berlaku di langit dan di bumi.


 

Renung-renungkan & selamat beramal!!!

0 comments:

Catat Ulasan