Doa Rabitah
Assalamu'alaikum WBT.
Salam Mahabbah buat anda semua. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah kerana kita masih lagi dilimpahi dengan nikmat Iman dan Islam yang tidak ternilai ini. Post kali ini berkenaan Doa Rabitah.
Doa Rabitah boleh dijumpai di kitab al-Ma'thurat oleh Imam Hasan al-Banna. Dibawah ini bacaan Doa Rabitah dan terjemahannya.
Klik sini untuk besarkan
Terjemahan:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”
Anda juga boleh menonton klip video lagu UNIC - Doa Rabitah di album terbaru mereka, Hijrah di sini.
Sekian sahaja buat masa ini, semoga mendapat manfaat daripadanya.
0 comments:
Catat Ulasan