ZAMAN MANUSIA SUDAH TIDAK MEMPEDULIKAN TUHAN

Apabila tiba suatu zaman manusia tidak fikir Tuhan

Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya

Tuhan ada atau tidak peduli apa, Tuhan tidak penting lagi buat manusia

Ia berlaku di akhir zaman, di hujung masa dunia

Maka berkat Tuhan pun tidak turun lagi ke dunia

Apabila berkat tidak ada, benda baik jadi mudharat

Benda sedap memberi mudharat pula

Tuhan timpakan kepada sesiapa sahaja tidak kira orang baik atau orang jahat

Bala Tuhan turunkan berlaku secara umum di mana-mana

Kepada orang jahat sebagai hukuman

Kepada orang baik penghapusan dosa atau meninggikan darjatnya

Makanan sedap lazat membawa penyakit

Penyakit barah yang menakutkan, kencing manis yang merbahaya

Darah tinggi, sakit jantung menyusahkan manusia

Begitulah kalau Tuhan sudah murka kepada manusia

Makanan yang halal pun menjadi musuh manusia

Walaupun begitu manusia tidak insaf juga

Maksiat dilakukan bertambah berganda-ganda

Tanpa takut, tanpa bimbang tindakan Tuhan

Tuhan masih tidak dipedulikan

Tuhan tidak diperjuangkan bahkan dilupakan

Manusia sibuk dengan makan, minum dan pakaian

Sibuk dengan maksiat dan hiburan

Sibuk dengan pembangunan dan kemajuan, Tuhan hanya sebagai slogan

Tuhan bukan matlamat hidup, ia hanya sampingan

Tidak hairanlah Tuhan bertindak, arahkan makanan menjadi musuh insan

Setiap hari manusia menderita disebabkan oleh makanan

Tidak nampak lagi oleh manusia kuasa Tuhan

Bilakah manusia mahu sedar dan insaf kembali ke pangkal jalan

Kembali surrender kepada Tuhan pencipta makhluk dan insan

0 comments:

Catat Ulasan