Bersediakah Kita???
Rasa susah dan payah itu
seringkali membuatkan kita mahu terus putus asa. Sehinggakan setiap perkara di hadapan terus
ditinggalkan tidak dipedulikan. Namun,
sampai bilakah mahu kita berputus asa tidak mahu berusaha? Kelak mati menjelma, penyesalan sudah tak
kemana.
Sabda Rasulullah SAW :
عن أبي هريرة، عن رسول الله صلى الله عليه
وسلم: "إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية، أو علم ينتفع به،
أو ولد صالح يدعو له" (رواه مسلم)
Maksudnya : Dari Abu Hurairah
r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati
putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi
manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Pagi itu saya bertanya diri, saya
bertanya Allah, " Wahai Tuhan, kenapa tak dicampakkan langsung rasa gerun
untuk exam hari ini?".
Saya sangat bingung dalam masa
yang sama sangat "tenang". Bingung sebab tak rasa berdebar langsung
nak masuk periksa hari tu.
"Tenang" sebab rasa yakin akan dapat jawab dengan baik walaupun pada
hakikatnya saya sangat kurang bersedia.
Pagi ini exam untuk subjek mantiq
akan diadakan. “Ya Allah, bantulah hambamu ini”, desis hatiku.
Berjalanlah saya ke kuliah
bersama nota di tangan. Sibuk-sibukkan diri juga menghafal perenggan talkhis
tentang buku yang saya baca. Persediaan terakhir sebelum imtihan.
Alhamdulillah, exam pagi tadi
berjalan dengan lancar. Syukur padamu ya Allah.
Rasa "tenang" di pagi
hari tadi terbawa-bawa sampai ke kelas Sarf. Ustaz Sa’idi yang digeruni
pelajar-pelajarnya merupakan seorang yang
tegas dalam masa yang mempunyai sifat kebapaan yang tinggi. Melangkah
masuk ke kelas dengan slambernya.
Terus ditanya pelajar-pelajar di
hadapannya,
" Kamu semua ada soalan
berkaitan dengan pelajaran kita minggu lepas?"
Diulang lagi soalan tersebut.
Kali terakhir peluang untuk bertanya diberikan, ustaz terus mengeluarkan
kertas-kertas kosong. "Baiklah kalau kamu semua tak ada soalan lagi,
setiap orang ambil satu meja dan ketepikan beg masing-masing".
"Alhamdulillah," hati
memuji Allah, peperiksaan mengejut pula kali ini. Ustaz memang takkan pernah
maklumkan waktu peperiksaan.
Namun, berbekalkan
"ketenangan" yang ada, dapat juga saya jawab soalan-soalan yang
diberikan. Alhamdulillah, dipermudahkan untuk menjawab walaupun hakikatnya saya
tak tahu sama ada jawapan yang ditulis betul ataupun tidak.
Selesai kelas, saya terus
berjalan pulang. Kaki berjalan perlahan, satu suara di benak hati melontarkan
soalan demi soalan memberi peringatan.
"Andainya mati itu Allah dah
tetapkan tarikhnya, adakah kamu akan tetap bersemangat berusaha untuk mengumpul
amal?
Atau sekadar bertangguh ke saat
akhir?
Dan apabila menghadap Allah untuk
dipersembahkan segala amal, engkau hanya mengharapkan belas kasihan
daripadaNya?
Sedangkan di dunia Allah dah
tetapkan suatu tempoh untuk beramal dan saat kamu diuji adalah saat kamu
dimatikan.
Masuk exam pun tak ready, inikan
pula kalau mati itu sudah ada tarikh yang pasti?".
Hati berbicara lagi.
"Sedangkan hakikat mati itu
tidak diketahui waktu dan ketikanya. Samalah dengan ujian mengejut yang dibuat oleh lecturer. Malaikat Maut akan
menjemput pada bila-bila masa secara mengejut. Kamu bersedia ataupun tidak,
tetap kamu akan dimatikan dan kelak dipersoalkan tentang segala perbuatan kamu
di dunia. Semestinya di hadapan Tuhan, Allah Yang Maha Agung rasa gerun itu
lebih menakutkan berbanding di hadapan manusia di dunia."
Setiap kali kita bangun dari
tidur masih lagi bernafas, bermakna masih ada tugas yang belum selesai
terlunas. Masih terbuka luas peluang untuk kita beramal dan bertaubat
kepadaNya. Dia masih mahukan kita berusaha mengejar keredhaanNya.
Andai hidayah itu sudah berada di
hadapan mata, namun tetap dipersiakan jua.
Bukankah kita dalam golongan
mereka yang rugi?
Berdoa Nabi Adam a.s sewaktu
baginda sedar akan kesilapan baginda sehingga dikeluarkan dari syurga.
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا
وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Ya Tuhan
Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni
Kami dan memberi rahmat kepada Kami, nescaya pastilah Kami Termasuk orang-orang
yang rugi.”
(Surah Al A’raaf :23)
Sering kita gerunkan peperiksaan di dunia.
Seringkan kita kejarkan ijazah, kesenangan, kekayaan semata.
Terkadang lantas terlupa Sijil Padang Mahsyar di sana.
"Ya Allah, jadikanlah kami sentiasa berusaha
mencintaiMu,
ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Allah,
dan matikanlah kami dalam keadaan kami mengucapkan
“ أشهد ان لا اله الا الله ، وأشهد ان محمد
رسول الله
"
Ameen ya robbal a'lamin..
Moga bermanfaat untuk semua.
Credit : Afa Al-Fasi
0 comments:
Catat Ulasan