Apabila Kemenangan Atas Dasar Quwwah

Apabila satu bangsa itu mendapat kemenangan dan kemajuan atas dasar Quwwah


Kerana usaha dan tenaga, ia dapat kejayaan secara istidraj


Side effect yang negatif terlalu banyak


Akan berlaku kezaliman dan kesombongan terutama terhadap musuh-musuhnya


Kemungkaran dan maksiat merata negara


Secara menjolok mata


Berlakulah hasad dengki, jatuh-menjatuhkan dan perpecahan


Bangsa dan negara maju tetapi tidak ada keadilannya


Negara cantik tetapi rakyat hidup di dalam kebimbangan dan ketakutan


Ukhwah dan kasih sayang hilang


Lahirlah budaya ampu-mengampu, jatuh-menjatuhkan


Hidup kepura-puraan berlaku kerana manusia tidak boleh dipercayai


Masyarakat huru-hara, disiplin hidup tidak ada


Jenayah berleluasa, zina, rogol, bunuh perkara biasa


Akhirnya kejayaan itu tidak mempunyai erti apa-apa


Kemajuan yang dapat, membawa bala dan marabahaya


Kemudian semua golongan pening kepala, inginkan pembelaan


Manusia hidupnya tidak ada ceria


Bahkan ramai yang kecewa


Banyak yang sakit jiwa dan putus asa



0 comments:

Catat Ulasan