Lawakkan ?


Suatu hari pada waktu solat Jumaat di sebuah masjid yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dengan pakaian serba hitam. Tidak nampak apa, cuma kelihatan dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik, “Sesiapa yang sanggup mati kerana Allah sila berdiri di tempat kamu.”

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 itu tadi hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam.

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata, “Ok Pak Imam, saya dah halau semua yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat.” Lalu kedua orang lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.



Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? Selain terhibur anda fikirkanlah. Lawakkan, dari 1,000 orang yang mengaku dirinya Islam hanya 40 yang betul-betul beriman.

Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan Allah apabila menghadapi bahaya. Kedua orang lelaki itu hanya membawa mesin gun, dia tidak kata pun hendak membunuh. Tapi generasi sekarang, amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang, lupa yang dia tidak menunaikan solat Jumaat lagi.

Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, itu pun apabila waktu solat Jumaat. Tunjuk muka pada orang kampung. Ada yang lebih dashyat lagi, setahun 2 kali sahaja apabila waktu solat sunat raya.

Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran. Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.

Lawak, kita boleh bersembang dengan pasangan kekasih kita berjam-jam lamanya tapi hendak berdoa kepada Allah alahai tidak cukup masa dibuatnya. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat hendak berkongsi atau menghantar artikel-artikel yang berunsur agama, lawak bukan?

0 comments:

Catat Ulasan

10 orang yang tidak dimakbulkan Doanya




1. Kamu berkata bahawa Syurga itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

2. Kamu berkata bahawa Mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

3. Kamu berkata bahawa Mereka itu benar, tetapi kamu tidak berlari kepadanya.

4. Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban sendiri.

5. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak ambil iktibar daripadanya.

6. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hakNya.

7. Kamu sangka kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w. tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.

8. Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

9. Kamu berkata Syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

10. Kamu makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur.

0 comments:

Catat Ulasan

WANITA TIADA MALU LAGI (BAHAGIAN 2)


Syaitan memang diciptakan untuk menggoda dan menyesatkan umat Muhammad. Bermulanya dari saat syaitan dibuang dari syurga hingga kini tugas syaitan tidak akan selesai hingga datangnya kiamat. Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi yang sering digunapakai. Dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan dan kejahatan. Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian Muslimah.

Allah ada menyebut bahawa Muslimah adalah golongan yang mudah untuk masuk ke syurga dan Muslimah jugalah golongan yang mudah untuk memasuki neraka. Oleh kerana itulah syaitan gemar untuk menggoda kaum Muslimah. Ini kerana Muslimah itu sendiri mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Bermula dengan perkara ynag sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar dosa dan noda dilakukan oleh Muslimah atas godaan syaitan.

Bermula dengan menanggalkan hijab. Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar´i, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Bagaimana mulanya syaitan menyusun strategi hingga Muslimah sanggup meninggalkan hijab ini?

Pertamanya dengan membuka bahagian tangan. Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah, tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang?” Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Tu.. tidak apa-apa kan ?”

Keduanya, membuka sedikit dada dan leher. Bagaimana caranya? Maka dipakailah fesyen terbaru yang terbuka sedikit bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen bentuk “V” hingga ke pelbagai fesyen yang mendedahkan dada.. Kononnya untuk mendapatkan sedikit hawa atau ruang untuk bernafas agar tidak merasa terlalu panas. Kata syaitan, “Cubalah! Orang pasti tidak peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.”

Satu lagi istilah yang menarik, iaitu berpakaian tetapi telanjang. Kononya untuk mengikuti perkembangan dan peredaran semasa. Alasannya agar sentiasa nampak “cool”. Caranya, syaitan akan memberi idea agar membeli kain yang agak tipis, lalu dibuat baju yang agak ketat dan mengikut ukuran badan agar lebih sedap dan cantik mata memandang. Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan “transparent”. "Mungkin tak ada masalah, potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Hasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita Muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan “transparent”, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ´ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Setelah itu pula, digodanya muslimah untuk membuka sedikit bahagian pakaian yang sedia ketat itu untuk menampakkan lagi labih “cool” dan “vogue”. Caranya mudah, dibisikkan dihati muslimah. “Pakaian seperti ini membuat susah untuk berjalan atau duduk, nampak sempit, sebaiknya dibelah dari hujung kaki hingga lutut atau mendekati peha tentu mudah dan menarik bukan”. Lalu dipraktikkan idea baru tersebut, dan memang benar dengan dibelah sedemikian rupa membuatkan si pemakai lebih selesa dan leluasa terutamanya ketika akan duduk tau naik kenderaan. Kononnya tersingkap sedikit tidak apa, yang penting kita enjoy!

Begitulah tahap awal bagaimana syaitan ingin menelanjangkan Muslimah. Tetapi syaitan masih tidak berpuas hati, maka disusun stategi baru. Teori yang digunakan adalah “matlamat menghalalkan cara”. Jika tadi hanya digodanya untuk dibelah kain itu, kini langkah lebih “advance” iaitu dibuka terus seperempat hingga separuh betis. Maka bersorak rianglah sang syaitan apabila si Muslimah mengikutnya. Dikukuhkan lagi dengan kata-kata pakaian seperti itu lebih mudah didapati dipasaran berbanding pakaian yang menutup aurat. Maka terbiasalah si muslimah ini dengan memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana sahaja dia pergi.

Mualalah terfikir oleh si Muslimah ini, bukankah dengan berpakaian begitu boleh mendatangkan fitnah di kalangan kaum Adam? Berkatalah sang syaitan, “Ah… itu kan zaman dahulu, zaman kini lelaki lebih suka melihat wanita lebih ´terbuka´ pakaiannya.” Maka akan terbeliaklah mata-mata lelaki ini sambil berkata “ooh” atau “wow”. “Malah bukankah kini fesyen pakaian dari pasar malam mahupun pusat membeli belah terkemuka memperagakan fesyen untuk wanita maju seiring dengan peredaran zaman.” Lantas pakaian tersebut sudah menjadi kebiasaan hingga tiada siapa yang ingin mempersoalkannya lagi.

Langkah terakhir sebelum syaitan berpesta meraikan kejayaan cemerlang lagi terbilang itu ialah dengan menjadikan pakaian muslimah serba mini. Maksudnya, semunaya menjadi lebih pendek, ketat dan ringkas tetapi nampak “cool”, “vogue”, “trendy”, moden dan bergaya. Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka, akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dipakainya, baju pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekali gus bahagian punggungnya dan berbagai-bagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi dan lain-lain, tidak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang mulanya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Maka berhasillah matlamat tadi untuk "menelanjangi kaum wanita.”

Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka menjadi tanggungjawab semua umat Muhammad bersama-sama memantapkan keimanan bagi menjauhkan daripada godaan ini. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.


0 comments:

Catat Ulasan

WANITA TIADA MALU LAGI


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. 

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. 

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekek dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. 

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi. 

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. 

Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. 

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atasubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub. 

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami." Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.



0 comments:

Catat Ulasan

Doa Rabitah

Assalamu'alaikum WBT.


Salam Mahabbah buat anda semua. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah kerana kita masih lagi dilimpahi dengan nikmat Iman dan Islam yang tidak ternilai ini. Post kali ini berkenaan Doa Rabitah.
Doa Rabitah boleh dijumpai di kitab al-Ma'thurat oleh Imam Hasan al-Banna. Dibawah ini bacaan Doa Rabitah dan terjemahannya.
Klik sini untuk besarkan

Terjemahan:  
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

Anda juga boleh menonton klip video lagu UNIC - Doa Rabitah di album terbaru mereka, Hijrah di sini.

Sekian sahaja buat masa ini, semoga mendapat manfaat daripadanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Sifat-sifat Munafiq Menurut Hadis Nabi s.a.w.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafiq yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafiq sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.”

(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)


Huraianya :

Sifat munafiq ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafiq ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang.

Seorang yang munafiq ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, Mudah menggadai pegangan hidup. Dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrit itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafiq:

1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.

3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.

Semua sifat-sifat munafiq yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.

(Sumber diambil daripada : nurjeehan in Akhlak dan Adab, Aqidah, Hadis dan Pedoman, Hati, Kehidupan Sosial, Tafakur (Muhasabah).

0 comments:

Catat Ulasan

3 Soalan 1 Penampar...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-


1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...

"Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?"

0 comments:

Catat Ulasan

TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI



































Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul
dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) ;
Imam Ghazali = " Apakah yang paling
dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu
benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah
bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran ;185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh
dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu
benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun
kenderaan kita, tetap kita tidak akan
dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh
sebab itu kita harus menjaga hari ini,
hari esok dan hari-hari yang akan
datang dengan perbuatan yang sesuai
dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar
didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu
benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A’raf; 179). Maka
kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa
ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat
didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi
yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab ; 72 ). Tumbuh-
tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya
berebut-rebut menyanggupi permintaan
Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang
amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling
ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu
itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN
SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau
urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam
sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab
= " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang
paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah,
manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya
sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

0 comments:

Catat Ulasan