Hari Kiamat Semakin Hampir
Assalamualaikum wrt. wbt.
Hari ni BH nak kongsikan sesuatu dengan pembaca sekalian, tapi BH dah dapat agak yang korang sume kebanyakkannya ada yg dh tau psl ni kan, xpe la, ni just perkongsian ilmu & sebagai peringatan semula kepada kita agar kita tidak lupa akan hal ni. Ape yang ingin BH kongsikan disini adalah berkaitan dengan hari kiamat yg semakin hampir dengan kita dan tanda2nya yg telah pun terjadi. Antara tanda-tanda hari kiamat semakin hampir dengan kita adalah:
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a.katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
- Sahih Muslim
~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &penyanyi wanita"
- Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah?..
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid"
- Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga."
- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran"
- Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"
- Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon....
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
- Riwayat Ahmad
~ jiran sesama Islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda?telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit."
- Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu"
- Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah?yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar."
-Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
- Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...
Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."
pesanan…
Apakah Persediaan Kita Untuk Menghadapi Hari Pembalasan Kelak….Wallahualam….
Allah selamatkan saya ketika derita...
ALLAH MAHA AGUNG
ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA. TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA, '' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD". KENAPA KAMU KATA BEGITU?" TANYA SI LELAKI TADI.
"CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU".
SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI. SELEPAS BEBERAPA LANGKAH, SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA, "KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?" "KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI". KATA BARBER. "TIDAK!" KATA SI LELAKI TADI. "KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU". "AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!". KATA BARBER. "TEPAT SEKALI!". KATA SI LELAKI TADI. "THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN."
-----------------------------------------------------------------------------------------------
hah, kwan2! apa pengajaran dri kisah nih? pengajarannya, jgn la kita mempersoalkan perkara yg kita sndiri kurang arif. mcm barber td, kan dah malu sndiri! dan lg satu, jgn kita memperlecehkan kwujudan Allah. sesungguhnya azab Allah amat pedih!
Jam Dinding
Waktu Solat
Popular Posts
Rakan Blogger
IPTA
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
0 comments:
Catat Ulasan